iptv
 
 

Perkara yang sepatut ANDA ketahui terlebih dahulu.

  • Siaran ini menggunakan 100% talian Internet samaada cable atau wifi.
  • Servis ini dipanggil MYIPTV dan tidak menggunakan pemancar atau piring satelit.
  • Kelajuan internet yang stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 2Mbps keatas.
  • Set Android box yang sesuai diperlukan.

Soalan-soalan lazim
Android Box

S: Saya sudah mempunyai Android box yang saya beli dari tempat lain. Bolehkah saya menikmati MyIPTV tanpa membeli Android box dari ANDA?

J: Jika anda yakin bahawa spesifikasi Android box anda adalah baik, tidak ada masalah. Anda boleh cuba langgang satu bulan RM60.00.

S: Saya menggunakan Internet kelajuan 2Mbps, adakah siaran akan bermain dengan lancar tanpa buffering?

J: Bergantung kepada siaran dan kawasan anda. Kebanyakan pengguna dapat menonton dengan lancar tanpa buffering pada 2Mbps, manakala sesetengah pengguna mengalami buffering secara sekala pada beberapa siaran. Dan anda juga perlu memastikan bahawa sambungan Internet anda adalah stabil sepanjang masa untuk tontonan yang lebih baik.

S: Adakah ia akan memperlahankan kelajuan Internet saya apabila saya menonton MyIPTV pada Internet 2Mbps?

J: Anda mungkin akan mengalami kelajuan Internet yang perlahan apabila anda sedang menonton siaran MyIPTV jika anda menggunakan 2Mbps atau lebih rendah. Biasanya anda tidak akan mengalami kelajuan internet yang perlahan jika anda menggunakan internet berkelajuan 4Mbps ke atas. 

S: Bagaimanakah saya boleh mengelakkan masalah buffering?

J: Adalah dinasihatkan untuk melanggan pakej Internet berkelajuan sekurang-kurangnya 4Mbps seperti UniFi atau sebagainya.

S: Saya menggunakan sambung Internet yang berkelajuan 1Mbps atau lebih perlahan. Bagaimana sekiranya saya hendak menonton MyIPTV pada kelajuan Internet begini?

J: Bukan tidak boleh, Siaran tersebut mungkin akan sentiasa buffering, adakala langsung tidak boleh menontonnya.

S: Kawasan saya hanya menyediakan ADSL, dan kelajuan Internet maksima untuk kawasan saya ialah 1Mbps. Bagaimana?

J: Maaf, anda tidak dapat menikmati MyIPTV sepenuhnya. 

S: Bolehkah saya menggunakan sambungan data 3G/4G untuk menonton MyIPTV?

J: Anda boleh menonton MyIPTV pada sambungan 3G/4G tetapi tidak disyorkan, kerana ia akan menghabiskan kuota dengan cepat, melainkan anda melanggan pelan tanpa had.

S; Adakah saya akan mendapat kualiti yang sama seperti apa yang saya lihat di Astro?

J: MyIPTV menggunakan Internet. Pemberi siaran (channel provider) akan mengurangkan "bit rate" video/audio sebelum sampai kepada pelanggan, jadi pengguna MyIPTV akan perasan kualiti video/audio adalah telah direndahkan.

S: Mengapa saya tidak boleh mendapatkan kualiti video/audio yang sama serupa seperti Astro?

J: Jika pembekal siaran berbuat demikian, hanya pelanggan yang langgan Internet yang berkelajuan tinggi/pantas seperti fibre Internet sahaja boleh menikmati MyIPTV, manakala pengguna ADSL yang menggunakan kelajuan Internet yang perlahan akan mengalami buffering apabila menonton MyIPTV. Pembekal siaran mengurangkan kualiti video/audio sedikit supaya semua pengguna ADSL atau pengguna ADSL yang tidak dapat melanggan pakej Internet yang berkelajuan tinggi masih dapat menikmati MyIPTV.

S: Walaupun qualiti video/audio telah direndahkan, bagaimanakah qualiti gambar dan audionya secara keseluruhan?

J: Hampir semua siaran di MyIPTV (termasuk SD atau HD) tetap memberi kualiti gambar yang memuaskan, manakala ada beberapa siaran mempunyai kualiti yang biasa ataupun tidak memuaskan dalam qualiti video/audio. Jika anda tidak kisah terhadap kualiti video/audio yang telah direndah, langgan MyIPTV tidak akan jadi masalah bagi anda.

Harga dan memperbaharui langganan (renew subscription)

Apabila anda melancarkan aplikasi MyIPTV, anda akan melihat "Expire in XX Days".

Selepas hari berikutnya, anda tidak dapat menonton MyIPTV lagi. Anda perlu memperbaharui langganan (renew) jika anda ingin terus menonton MyIPTV. Tidak mengapa jika anda tidak mahu memperbaharui, kerana penjualnya tidak akan memaksa anda.

Penjual yang berbeza memberi harga langgan yang berbeza. Biasanya jika anda membeli Android box dari penjual MyIPTV, anda akan mendapatkan percubaan percuma (free trial) satu bulan. Selepas satu bulan tersebut, jika anda ingin memperbaharui langganan, anda boleh memperbaharui secara 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, atau 1 tahun sahaja. Biasanya TIADA PENGEMBALIAN WANG setelah bayaran dibuat. 

MyIPTV menjalankan proses pengesahan (authentication) akaun pelanggan setiap kali pelanggan menukar siaran dengan menggunakan MAC address pada setiap Android box. Jika anda tidak tahu apa ini, abaikan.

Menonton MyIPTV untuk kali pertama

Dapatkan Android box, sambung penyesuai kuasa (power adapter) dan pasangkan kabel HDMI atau RCA ke TV anda. Hidupkan Android box, sambungkan WiFi rumah anda, dan akhir sekali lancarkan aplikasi MyIPTV. Semudah itu saja.

Keburukan

Adalah dimaklumkan bahawa MyIPTV adalah perkhidmatan IPTV tanpa lesen (unofficial provider or underground provider).
Kadang-kadang anda akan mengalami isu-isu utama di MyIPTV seperti di bawah, tetapi ia jarang berlaku:

1) Tiada jaminan bahawa anda boleh menonton semua siaran MyIPTV tanpa isu sepanjang masa, 24/7.

Kadang-kadang server pembekal siaran mempunyai penyelenggaraan atau tergendala, ataupun terlalu banyak pelanggan kini menonton siaran tersebut dan server tidak dapat menerima lagi pengguna (jarang berlaku), anda mungkin tidak dapat menonton siaran tersebut. Ingatlah bahawa MyIPTV adalah disediakan secara usaha terbaik (best-effort basis). Satu-satunya perkara yang pembekal MyIPTV boleh lakukan adalah untuk memastikan semua siaran boleh ditonton secara sepenuh masa. Kerana jika tidak, pelanggan akan berhenti melanggan dan tiada perniagaan. Lagipun, bayaran langganan MyIPTV adalah sangat murah.
Sekiranya ANDA tidak yakin dengan MyIPTV dan ingin mendapatkan perkhidmatan yang terjamin, langganlah kepada pembekal TV satelit, Astro.

2) Jika lokasi pembekal siaran tersebut mengalami hujan lebat, anda mungkin tidak dapat menonton siaran tersebut untuk seketika. 

Tidak lagi kena mengena jika kawasan anda hujan lebat ataupun tidak jika anda menggunakan MyIPTV (selagi sambungan Internet dan akaun anda aktif). Kerana kebanyakan siaran MyIPTV tidak menggunakan piring satelit jenis Ku band (Astro, Big TV, Videocon d2h). Tergantung pada cara tontonan anda, ia mungkin jarang atau kerap berlaku.  

3) Audio/video yang tidak serentak (isu "lip-sync")
Kadang-kala anda akan perasan bahawa audio/video tidak serentak dengan apa yang anda lihat/mendengar. Seperti audio adakalanya lebih cepat atau lambat dari video yang sedang ditayangkan pada siaran tersebut. Tetapi bukan setiap orang akan perasan isu ini, jadi ini bukanlah satu isu besar.

  • Tiada perkhidmatan EPG  
    Anda tidak boleh tahu program apakah yang sedang ditayang sekarang seperti Astro.
    Anda kena cari jadual program sendiri. 

  • Anda tidak boleh menukar bahasa sarikata pilihan anda
    siaran dari Astro: Sarikata Bahasa Melayu kecuali siaran Cina terpilih. 
    siaran dari mana-mana stesen TV berbayar Indonesia: Sarikata Bahasa Indonesia
    siaran dari Videocon d2h: Sarikata Bahasa Inggeris

  • Anda tidak boleh merakamkan sebarang program seperti PVR

  • Mengambil masa lebih lama untuk menukar siaran berbanding dengan Astro
    Ia mengambil 3-5 saat untuk memuatkan siaran, tergantung pada internet anda. 
Kesimpulannya

MyIPTV adalah sesuai untuk sesiapa yang ingin membayar harga rendah dan menonton siaran yang anda tidak mampu untuk melanggan, serta siaran-siaran dari negara lain/satelit. Walaupun ada kelemahan MyIPTV, adalah maklum bahawa anda membayar harga yang sangat murah setiap bulan dan anda mendapat lebih 150 siaran.

Berbanding dengan Astro, anda perlu membayar lebih beratus-ratus ringgit sebulan untuk menonton siaran premium. Dengan MyIPTV, asalkan anda mempunyai kelajuan Internet sekurang-kurangnya 2Mbps, disyorkan 4Mbps ataupun lebih pantas untuk ADSL, atau apa-apa pelan UniFi/Maxis Fibre, anda bolehlah menikmati MyIPTV. Anda mungkin berfikir, langgan ke pelan kelajuan Internet yang lebih pantas, anda untuk bayar lebih lagi. Tetapi berfikir semula, anda boleh menonton kira-kira 72% (109 siaran termasuk HD) daripada semua siaran Astro untuk harga yang sangat murah setiap bulan dan jelas sekali ini lebih murah daripada apa yang anda bayar pada bil Astro setiap bulan.